Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

PUBLIC SERVICE ANNOUNCEMENT ALERT! SCAMMERS MASQUERADING AS PERODUA SALES AND PRE-OWNED VEHICLE ADVISORS

Kuala Lumpur, 16 Mar: Following the recent arrest of a suspect in connection with a scam involving the sale of Perodua vehicles, Perodua Sales Sdn Bhd wishes to urge the public to be extra cautious when making vehicle purchase transactions.

According to a media report today, the police have arrested a man who, posing as a Perodua sales representative to sell Perodua vehicles on a popular online marketplace portal, caused losses of tens of thousands of ringgit to victims.

“This scam involved the sale of new Perodua vehicles as well as Perodua Pre-Owned Vehicles (POV),” said Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director Dato’ Dr Zahari Husin.

“Perodua and the affected parties lodged a police report on the matter and are extending our full cooperation to the relevant authorities. Perodua urges the public to be cautious in order to avoid becoming victims of such scams,” he added.

He also advises the public to not make payments to individual accounts as the standard operating procedure is to make payments to Perodua Sales Sdn Bhd or its authorised dealers. Dato’ Dr Zahari also asks all customers to insist on original receipts when making any payments.

“We would like to inform the public that at present, genuine Perodua Certified POV cars are only available for sale at our Perodua Kuala Lumpur outlet located along Jalan Pahang,” said Dato’ Dr Zahari.

Perodua POV officially opened for business in October 2017, offering affordable pre-loved Perodua vehicles up to seven years old that have been 165-point-checked and refurbished by Perodua themselves.

For added peace of mind, the cars come with up to 18 months’ extended warranty for the engine and transmission.

“Perodua is a car company with people always in mind. We have brought affordable and reliable motoring to the masses for a quarter of a century.

“With POV, we are now extending this affordability to even more Malaysians, without compromising for a moment on the safety and roadworthiness of our vehicles,” Dato’ Dr Zahari said.

POV currently operates solely through the newly-opened Perodua Kuala Lumpur showroom, which also sells new Perodua cars. Pay a visit today at Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur.

 

Pesanan Khidmat Masyarakat

Amaran! Individu menyamar sebagai penasihat jualan dan Kenderaan Pra-Milik Perodua

Kuala Lumpur, 16 Mac: Ekoran daripada penahanan seorang lelaki kelmarin berhubung dengan kes penipuan pembelian kenderaan Perodua, pihak Perodua Sales Sdn Bhd ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan kes-kes seumpama ini.

Menurut kenyataan pihak berkuasa di dalam media tempatan hari ini, mereka telah menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen syarikat Perodua sebelum menjual kenderaan keluaran Perodua di sebuah laman web jual-beli popular yang mana telah menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

“Kes penipuan ini melibatkan jualan kenderaan baharu dan juga Kenderaan Pra-Milik Perodua (POV),” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato' Dr. Zahari Husin.

“Perodua dan pihak yang terlibat telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Perodua ingin menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa,” katanya lagi.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembayaran kepada mana-mana akaun individu kerana prosedur operasi standard adalah dengan membuat pembayaran terus kepada Perodua Sales Sdn Bhd atau wakil-wakil pengedar yang sah. Dato' Dr. Zahari juga meminta semua pelanggan mendapatkan resit asal ketika membuat pembayaran.

"Kami ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kereta POV yang diperakui Perodua hanya boleh dibeli di cawangan Perodua Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pahang," kata Dato' Dr. Zahari.

Perodua POV secara rasminya dibuka untuk perniagaan pada Oktober 2017, menawarkan kereta Perodua terpakai sehingga tujuh tahun, yang mana kereta-kereta tersebut telah menjalani 165 poin pemeriksaan dan diperbaiki oleh Perodua sendiri.

Untuk menambah ketenangan minda para pelanggan, kereta-kereta tersebut akan diberi  jaminan sehingga 18 bulan bagi enjin dan transmisi.

"Perodua adalah syarikat automotif yang sentiasa mengutamakan pelanggan. Kami telah menyediakan kenderaan mampu milik dan boleh dipercayai kepada orang ramai selama ini.

"Dengan POV, kami kini membuka lebih peluang kepada ramai lagi rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan, tanpa berkompromi isu keselamatan dan kualiti kenderaan kami," kata Dato' Dr. Zahari.

POV kini beroperasi sepenuhnya di bilik pameran baru Perodua Kuala Lumpur yang mana turut menjual kereta baru Perodua. Sila kunjungi kami hari ini di Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me