BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Rawang, 11 March: Perodua urges both existing and potential customers to only deal with its authorised sales advisors to avoid being deceived by apparent scams that have surfaced after the Ativa’s launch on 3 March.
“We have discovered at least two fraudulent rebate offers online for the newly-launched Perodua Ativa, which is not our practice,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad said, adding that the promotions did not originate from Perodua or any of its outlets nationwide.
According to Dato’ Zainal, some scammers have posed as Perodua sales advisors before and lured potential victims into placing their new car purchase deposits into personal bank accounts.
To safeguard both existing and potential Perodua customers, below is a quick ‘Do’s and Don’ts’ guide when purchasing a new Perodua vehicle:
|
Do's |
Don'ts |
|
Do contact or visit Perodua’s authorised sales or service centres to learn more about our products and services, or visit www.perodua.com.my or any of our official social media pages on Facebook and Instagram. |
Don’t react immediately to offers, whether online or in print, without confirming its details with Perodua’s authorised sales or service advisors, or our official online platforms – www.perodua.com.my, official Facebook and Instagram pages. |
|
Do visit www.perodua.com.my for the accurate and up-to-date list of our nationwide sales and service outlets and their contact details. |
Don’t give away your personal details such as bank account numbers, home address and IC number without making sure that the person you are speaking with is an authorised Perodua personnel. |
|
Do contact our Customer Experience Centre at 1-800-88-6600 during office hours, or send us an enquiry at https://www.perodua.com.my/contact-us.html, if anyone claiming to be a Perodua sales or service representative is asking you to make payments into a personal bank account. |
Don’t make any payments, including deposits and booking fees, into personal bank accounts. All payments must be made to company accounts only. |
Rawang, 11hb Mac: Perodua menggesa para pelanggannya yang sedia ada dan pelanggan baharu untuk hanya berurusan dengan penasihat jualannya yang sah agar tidak terpedaya dengan penipuan yang muncul terutama sekali selepas pelancaran Ativa pada 3hb Mac lalu.
"Kami telah menemui sekurang-kurangnya dua tawaran rebat palsu dalam talian bagi Perodua Ativa yang baru dilancarkan. Perodua dan cawangan-cawangan kami di seluruh negara tidak pernah dan tidak akan mengadakan sebarang promosi rebat tunai selepas memperkenalkan model baharu kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Menurut Dato’ Zainal, ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab telah mendakwa diri mereka sebagai penasihat jualan Perodua dan memperdaya mangsa untuk memasukkan wang pendahuluan pembelian kereta baharu mereka ke dalam akaun bank peribadi.
Untuk melindungi para pelanggan yang sedia ada dan pelanggan baharu, Perodua telah memberikan panduan dalam membuat pembelian kenderaan Perodua baharu seperti di bawah:
|
Sila |
Hindari |
|
Sila hubungi atau kunjungi Pusat Jualan Perodua yang sah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami, atau layari www.perodua.com.my atau mana-mana halaman media sosial rasmi kami di Facebook dan Instagram. |
Jangan segera menerima tawaran, samada dalam talian atau cetak, tanpa mendapatkan pengesahan maklumat terperinci daripada penasihat jualan dan servis Perodua yang sah, atau platform dalam talian rasmi kami di www.perodua.com.my, Facebook dan Instagram. |
|
Sila layari laman web rasmi kami di www.perodua.com.my untuk mendapatkan senarai terkini dan tepat cawangan-cawangan jualan dan servis kami di seluruh negara beserta maklumat untuk dihubungi. |
Jangan berikan maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, alamat rumah dan nombor kad pengenalan tanpa memastikan individu yang berurusan dengan anda adalah kakitangan Perodua yang sah. |
|
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1-800-88-6600 pada waktu pejabat, atau kemukakan pertanyaan anda di https://www.perodua.com.my/contact-us.html , sekiranya ada individu yang mendakwa diri mereka sebagai wakil jualan atau servis Perodua dan meminta anda membuat bayaran ke akaun peribadi mereka. |
Jangan membuat sebarang pembayaran, termasuk wang pendahuluan atau wang tempahan ke dalam akaun bank peribadi. Semua pembayaran mesti dibuat ke akaun syarikat sahaja. |
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.