Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

STATEMENT FROM PERODUA SALES SDN BHD MANAGING DIRECTOR, DATO’ DR. ZAHARI HUSIN ON INACCURATE INFORMATION ON BEZZA SERVICE COSTS

 15 March 2019: Referring to news reports published recently on Perodua Bezza service costs being 32% higher than those of the Proton Persona, we wish to clarify that the information used by certain online portals on our service details is inaccurate and misleading.

The media reports, posted on 11 March 2019, illustrated the difference between the five-year service costs of the Proton Persona and two other car models, purportedly the Perodua Bezza and Honda City.

The inaccuracy in cost difference is due to a comparison made not on an apple-to-apple basis. The Proton Persona’s service costs were calculated as scheduled in its service booklet or owner’s manual whilst for the Perodua Bezza, the calculation was based on its Preventive Maintenance costs (which are optional) instead of scheduled costs as recommended in the service booklet.

In addition, the Perodua Bezza uses iridium spark plugs for maximum fuel efficiency and a smoother engine performance.

In fact, Bezza owners pay RM239.55 less than Persona owners on maintenance at the end of the third year.

As an Energy-Efficient Vehicle (EEV), the Perodua Bezza is among the most fuel-efficient vehicles in the country.

The Bezza 1.0L manual can potentially travel 22.8 km/l, which is the best in the Bezza family. The 1.0L auto does 21.3 km/l. It’s 21.7 km/l for the 1.3 manual and 21 km/l for the 1.3 auto. For the 1.3 Bezza Advance auto with Eco Idle, fuel economy is 22 km/l in the ECE mode.

These reflect huge savings in overall ownership costs for the Bezza owner, while the competitor’s fuel efficiency figures have not been made public.

For those who are willing to spend a bit more than what is recommended in our owner’s service manual, Perodua also offers an optional preventive package known as Pro-Care.

The Pro-Care package includes tyre alignment and balancing; air conditioning maintenance; and replacement of components to ensure smooth driving and peace of mind.

The Pro-Care package is our way of providing a complete service package at our service outlets for the convenience of our customers. Flyers and banners are placed at our service outlets to create awareness of this service and it is entirely voluntary. 

We are also concerned by the disruptive reporting approach taken by certain brands as it is misleading and can lead to confusion. We would like to advise the public to verify content and not take them at face value.

 

Kenyataan daripada Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato'Dr. Zahari Husin tentang maklumat tidak tepat mengenai kos penyelenggaraan perkhidmatan Bezza

15hb Mac 2019: Merujuk kepada laporan berita yang diterbitkan baru-baru ini mengenai kos penyelenggaraan Perodua Bezza, yang mana 32 peratus lebih tinggi berbanding Proton Persona, kami ingin menjelaskan bahawa maklumat yang digunakan oleh beberapa portal online mengenai butiran penyelenggaraan kami adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Dalam laporan media tersebut yang disiarkan pada 11hb Mac 2019, menunjukkan perbezaan kos penyelenggaraan antara Proton Persona dengan dua model kereta lain, yang dikatakan sebagai Perodua Bezza dan Honda City.

Ketidaktepatan dalam perbezaan kos adalah kerana perbandingan yang dilakukan tidak setaraf yang mana kos penyelenggaraan Proton Persona dikira seperti yang dijadualkan di dalam buku servis atau manual pemilik, manakala bagi Perodua Bezza, pengiraan adalah berdasarkan kos Penyelenggaraan Pencegahan (pilihan) dan bukannya kos mengikut jadual seperti yang dicadangkan di dalam buku servis kenderaan tersebut.

Berdasarkan jadual di atas, perbezaan kos penyelenggaraan Perodua Bezza pada tahun ke-5 hanya RM44 atau 1.4 peratus dan bukan 32 peratus seperti yang dilaporkan. Perbezaan ini adalah kerana kos premium pelincir gred 0W-20 untuk Bezza dibandingkan dengan 10W-30 untuk Proton Persona.

Di samping itu, Perodua Bezza menggunakan palam pencucuh Iridium untuk kecekapan bahan api dan prestasi enjin yang lebih lancar.

Malah, pemilik Bezza membayar RM239.55 kurang berbanding pemilik Persona pada kos penyelenggaraan pada akhir tahun ke-3.

Sebagai model yang diperakui kerajaan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Perodua Bezza adalah di antara kenderaan yang mempunyai kecekapan bahan api terbaik di negara ini.

Bezza 1.0L Manual berpotensi untuk bergerak 22.8 km/l, varian terbaik dalam keluarga Bezza. Bezza 1.0L bergerak 21.3 km/l. Manakala bagi Bezza 1.3L, ianya bergerak sejauh 21.7 km/l bagi manual dan 21 km/l bagi auto. Untuk 1.3 Bezza Advance Auto yang dilengkapi dengan Eco Idle, ekonomi bahan api adalah pada 22 km/l dalam mod ECE.

Berdasarkan faktor-faktor di atas, ianya memberikan penjimatan yang besar ke atas kos keseluruhan pemilikan bagi pemilik Bezza. Manakala, bagi kereta pesaing maklumat kecekapan bahan bakar tidak diberitahu kepada umum.

Bagi pemilik yang sanggup berbelanja lebih daripada yang disyorkan dalam manual penyelenggaraan pemilik, Perodua juga menawarkan pakej pencegahan pilihan yang dikenali sebagai Pro Care.

Pakej ini termasuk penjajaran tayar dan keseimbangan; penyelenggaraan penyaman udara; dan penggantian komponen berkaitan untuk memastikan kelancaran pemanduan dan ketenangan fikiran pemilik.

Pakej Pro-Care adalah cara kami untuk menyediakan pakej penyelenggaraan  lengkap di setiap pusat servis kami untuk kemudahan para pelanggan kami. Risalah dan kain rentang turut diletakkan di pusat servis kami untuk mewujudkan kesedaran tentang perkhidmatan ini dan ianya dilakukan secara sukarela sepenuhnya.

Kami mengambil berat tentang pendekatan laporan daripada jenama tertentu kerana ianya sangat mengelirukan dan tidak tepat. Kami ingin memberi nasihat kepada orang ramai untuk mengesahkan terlebih dahulu kandungan laporan dengan merujuk kepada sumber yang betul.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me