Perodua 1Q21 sales up 29% to nearly 58,000 units, 4,345 Ativas delivered in under 30 days
Rawang, 1 April: Perodua sold an estimated 57,911 vehicles in the first quarter of 2021 (1Q21) – 29% more than the 44,977 units it sold in the same period last year – as production increased to meet demand for all its models, especially the newly-launched Perodua Ativa.
“March saw a jump in our sales numbers to an estimated 24,433 units, underpinned by strong demand, particularly for the Ativa, which has collected 14,574 bookings since we began order-taking on 19 February,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad said.
Month-on-month, Perodua’s registrations jumped by 47.3% to 24,433 units in March 2021 compared to February 2021’s 16,583 units.
Dato Zainal added that of the 14,574 Ativa bookings garnered so far, 4,345 units have been delivered since the new model’s launch on 3 March, and that Ativa demand is currently skewed 67% towards the range-topping AV, which is within projections.
“This makes the Perodua Ativa the best-selling compact SUV in the country in the month of March. We are glad that the Perodua Ativa has gotten off to such a strong start, and that we well surpassed our 3,000-unit monthly delivery target in the first month.
“We thank Malaysians for their support and trust. On our end, we are committed towards timely deliveries of every order made,” Dato’ Zainal said.
On production, Dato’ Zainal said that Perodua manufactured 60,383 vehicles in 1Q21 – a 23% boost over the 49,280 units produced in 1Q20.
“For now, our biggest challenge is the semiconductor chip shortage, which is having varying impacts on carmakers on a global scale.
“We are working with our partners to find alternative supply while at the same time monitoring the situation on a daily basis to ensure continued operation of our production lines,” he said.
Dato’ Zainal said that despite the semiconductor issue, Perodua will still be able to meet its initial 2021 sales target of 240,000 units.
Perodua’s 2021 sales target represents a 9% increase from the 220,163 units sold in 2020, and is expected to lead to a record purchase of RM6.5 billion worth of locally-sourced components this year.
Perodua also targets a production of 272,000 units (+23% from 2020’s 220,968 units) and 2.4 million service intakes (+20% from 2020’s 2 million service intakes) this year.
Jualan Perodua suku pertama 2021 melonjak 29% hampir 58,000 unit, 4,345 Ativa dihantar dalam masa kurang 30 hari
Rawang, 1hb April: Perodua menganggarkan jualan sebanyak 57,911 kenderaan dalam suku pertama 2021 (1Q21) – kenaikan 29% berbanding 44,977 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu – berikutan peningkatan pengeluaran untuk memenuhi permintaan bagi semua modelnya, terutama sekali Perodua Ativa yang baru dilancarkan.
“Bulan Mac menyaksikan peningkatan jumlah jualan kami kepada 24,433 unit, didorong permintaan yang tinggi, terutamanya bagi Ativa, yang telah menerima sebanyak 14,574 tempahan sejak dibuka untuk pesanan pada 19hb Februari lalu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Pendaftaran Perodua melonjak 47.3% kepada 24,433 unit pada Mac 2021 berbanding 16,583 unit pada Februari 2021.
Dato’ Zainal menambah bahawa daripada 14,574 tempahan Ativa yang diperoleh setakat ini, 4,345 unit telah dihantar sejak pelancarannya pada 3hb Mac lalu, dan seperti yang dijangkakan, 67% daripada permintaan setakat ini adalah untuk varian AV.
“Ini menjadikan Perodua Ativa SUV kompak terlaris di negara ini pada bulan Mac. Kami amat bersyukur, Perodua Ativa telah mencapai permulaan yang begitu kukuh dan kami telah berjaya mengatasi sasaran penghantaran bulanan sebanyak 3,000 unit pada bulan pertama.
“Kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kepercayaan mereka. Kami akan terus komited untuk memenuhi setiap pesanan tepat pada masanya,” kata Dato’ Zainal.
Dari segi pengeluaran, Dato’ Zainal berkata bahawa Perodua telah menghasilkan 60,383 kenderaan pada 1Q21 – kenaikan 23% berbanding 49,280 unit yang dihasilkan pada 1Q20.
“Buat masa ini, cabaran terbesar kami adalah kekurangan cip semikonduktor, yang memberi kesan yang berbeza-beza kepada setiap pengeluar kenderaan pada skala global.
“Kami sedang bekerjasama dengan rakan niaga kami untuk mencari bekalan alternatif dan pada masa yang sama memantau keadaan setiap hari untuk memastikan operasi pengeluaran kami berterusan,” katanya.
Dato’ Zainal menambah bahawa walaupun berdepan dengan isu semikonduktor, Perodua masih mampu mencapai sasaran jualan 2021 sebanyak 240,000 unit.
Sasaran jualan 2021 Perodua mewakili peningkatan 9% daripada 220,163 unit yang dijual pada 2020, dan dijangka membawa kepada perbelanjaan rekod sebanyak RM6.5 bilion pada tahun ini untuk membeli komponen tempatan.
Perodua juga mensasarkan pengeluaran sebanyak 272,000 unit (+23% daripada 220,968 unit pada 2020) dan 2.4 juta pengambilan servis (+20% daripada 2 juta pengambilan servis pada 2020) bagi tahun ini.