Rawang, 4 May: Perodua registered an estimated 20,399 vehicles in April, with the newly-launched Ativa making up 4,624 units, or over 22% of that figure and lifting the total units of Ativas registered since its 3 March launch to nearly 9,000.
Demand for the Perodua Ativa remains strong with average bookings of nearly 290 daily.
“We thank all Malaysians for their strong support,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“The waiting period for the Ativa is currently between two and four months, depending on the desired colour and variant. We advise our valued customers to speak to our authorised sales advisors for accurate and up-to-date delivery times of the various variant-colour combinations of the Ativa,” he added.
On a month-to-month comparison, sales dipped by 16.5% to 20,399 units from 24,431 units mainly due to the semiconductor shortage, which is affecting multiple industries globally.
“Despite the global semiconductor chip shortage, Perodua managed to produce 20,278 vehicles in April 2021, pushing our year-to-date production to 80,661 units,” Dato’ Zainal said.
Perodua’s April 2021 sales figure brings its year-to-date sales tally to 78,304 vehicles. This represents a 74% boost over the 45,034 units sold in the first four months of 2020, due to minimal registrations in April 2020 as the first Movement Control Order hit its stride nationwide.
“The chip shortage is our top priority at present and we are deploying all our resources to deal with it, including working closely with the government and our business partners for viable solutions.
“Perodua remains committed towards timely deliveries, aided by our economies of scale. We thank our valued customers very much for their patience. We are doing all we can to deliver as many cars as possible before the expected expiry of the government’s sales tax exemption in end-June,” he added.
Dato’ Zainal said Perodua is maintaining its 2021 sales target at 240,000 units for now. Perodua’s 2021 sales target represents a 9% increase from the 220,163 units sold in 2020, and is expected to lead to a record purchase of RM6.5 billion worth of locally-sourced components this year.
Perodua also targets production of 272,000 units (+23% from 2020’s 220,968 units) and 2.4 million service intakes (+20% from 2020’s 2 million service intakes) this year.
Perodua jual 20,399 kenderaan pada April, hampir 9,000 Ativa dihantar setakat ini
Rawang, 4hb Mei: Perodua menganggarkan jualan sebanyak 20,399 kenderaan pada April – termasuk 4,624 unit Ativa, mewakili lebih 22% daripada jumlah tersebut – melonjakkan jumlah pendaftaran Ativa sejak pelancarannya pada 3hb Mac lalu kepada hampir 9,000 unit.
Permintaan bagi Perodua Ativa kekal tinggi dengan hampir 290 tempahan sehari secara purata.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan padu yang diberikan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Tempoh menunggu Ativa kini dari dua hingga empat bulan, bergantung kepada warna dan varian yang diingini. Kami menasihatkan para pelanggan kami yang dihargai untuk bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat mengenai tempoh menunggu bagi pelbagai kombinasi varian-warna Ativa,” tambah beliau.
Jualan 20,399 kenderaan Perodua pada April mencatatkan penurunan sebanyak 16.5% daripada 24,431 unit pada Mac berikutan isu kekurangan cip semikonduktor yang memberi kesan negatif kepada pelbagai industri secara global.
“Walaupun isu kekurangan cip semikonduktor masih berlangsung secara global, Perodua berjaya menghasilkan 20,278 kenderaan pada April 2021, menjadikan jumlah pengeluaran kami setakat tahun ini sebanyak 80,661 unit,” kata Dato’ Zainal.
Jualan April 2021 melonjakkan jumlah jualan Perodua setakat tahun ini kepada 78,304 kenderaan, mewakili peningkatan 74% berbanding jualan 45,034 unit dalam empat bulan pertama 2020 berikutan pendaftaran minimum pada April 2020 akibat Perintah Kawalan Pergerakan pertama.
“Isu kekurangan cip merupakan keutamaan kami buat masa ini. Kami sedang mengkaji kesemua sumber yang ada untuk menanganinya, termasuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dan rakan-rakan niaga kami untuk mencari penyelesaian.
“Perodua tetap komited terhadap penghantaran tepat pada masanya, dibantu oleh skala ekonomi kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang dihargai atas kesabaran mereka.
“Kami akan bertungkus lumus untuk menyerahkan sebanyak kenderaan yang mungkin sebelum tamatnya pengecualian cukai jualan kerajaan pada akhir-Jun ini,” tambah beliau.
Dato’ Zainal berkata Perodua akan mengekalkan sasaran jualan 2021 pada 240,000 unit buat masa ini. Sasaran jualan 2021 Perodua mewakili peningkatan 9% daripada 220,163 unit yang dijual pada 2020, dan dijangka membawa kepada perbelanjaan rekod sebanyak RM6.5 bilion pada tahun ini untuk membeli komponen tempatan.
Perodua juga mensasarkan pengeluaran sebanyak 272,000 unit (+23% daripada 220,968 unit pada 2020) dan 2.4 juta pengambilan servis (+20% daripada 2 juta pengambilan servis pada 2020) bagi tahun ini.