Perodua sales numbers climb by 102% in September as recovery continues
Rawang, 4 Oct: Delivery of Perodua vehicles continue to improve for the third consecutive month by 102% to 14,160 units in September from 6,988 units in August as the supply situation gradually improves.
“The automotive supply chain has shown improvements but have yet to reach their full potential. We are continuously working with our suppliers and dealers to further improve productivity and safety,” Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Zainal Abidin Ahmad said.
He explained that the gradual growth in both production and sales were in keeping with the strict quality control measures throughout Perodua’s operations to ensure customer satisfaction.
“We thank our customers that have continued to be patient with us as we further improve production,” Dato’ Zainal said.
On a year-to-date perspective, Perodua sold 119,093 vehicles between January and September 2021 compared with 145,012 in the same period of 2020.
In comparing the second quarter of the year to the third quarter, sales plummeted by 44.6% to 21,803 units between July and September from 39,381 vehicles registered between April and June this year.
The second national lockdown began on 1 June 2021 and was lifted in stages beginning 16 August 2021.
“The fourth quarter of 2021 does offer a better outlook than the previous two quarters, especially the marked improvement in the reduction of COVID-19 cases nationwide as well as the nearly 90% vaccination rate of the Malaysian adult population,” Dato’ Zainal said.
“We do apologise for any inconvenience caused by the delay in the delivery and we will assist our customers in any way that we can to ensure that their Perodua is delivered as soon as possible,” Dato’ Zainal said.
Angka jualan Perodua meningkat 102% pada bulan September ketika pemulihan masih berterusan
Rawang, 4 Okt: Penghantaran kenderaan Perodua terus ditambah baik untuk 3 bulan berturut-turut sebanyak 102% kepada 14,160 unit pada bulan September daripada 6,988 unit pada bulan Ogos apabila situasi bekalan bertambahbaik secara beransur-ansur.
"Rangkaian bekalan automotif telah menunjukkan peningkatan tetapi masih belum mencapai potensi yang sepenuhnya. Kami akan terus berusaha bersama-sama para pembekal dan pengedar kami untuk meningkatkan keselamatan dan produktiviti,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Beliau menjelaskan bahawa pertumbuhan secara beransur-ansur dalam pengeluaran dan jualan disertakan dengan langkah-langkah pengawasan kualiti yang ketat di dalam operasi Perodua, adalah untuk memastikan kepuasan para pelanggannya.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang terus bersabar kerana kami kini sedang meningkatkan pengeluaran kami," kata Dato’ Zainal.
Daripada perspektif setakat tahun ini, Perodua menjual 119,093 kenderaan antara Januari dan September 2021 berbanding 145,012 pada tempoh yang sama tahun 2020.
Dalam perbandingan suku kedua tahun ini dengan suku ketiga, penjualan merosot sebanyak 44.6% kepada 21,803 unit antara bulan Julai dan September daripada 39,381 kenderaan yang didaftarkan antara April dan Jun tahun ini.
Sekatan Pergerakan Kedua di seluruh negara bermula pada 1 Jun 2021 dan berakhir secara berperingkat mulai 16 Ogos 2021.
"Suku keempat tahun 2021 memberikan ramalan yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya, terutama sekali peningkatan ketara dalam pengurangan kes COVID-19 di seluruh negara serta kadar vaksinasi yang menghampiri 90% populasi orang dewasa Malaysia," kata Dato' Zainal.
"Kami ingin mohon maaf di atas kesukaran yang dihadapi disebabkan oleh kelewatan penghantaran dan kami akan membantu para pelanggan kami dengan sebaiknya untuk memastikan kenderaan Perodua mereka dihantar secepat mungkin," kata Dato’ Zainal.