Kuala Lumpur, 15 August 2022 : The Malaysian Investment Development Authority (MIDA) and PERODUA are gearing up through a strategic partnership to introduce the MIDA-Perodua Digital Transformation Ecosystem Programme that was held today at MIDA’s headquarters. The programme aimed to upgrade local automotive suppliers to the next level by using cutting-edge technologies and machinery and to digitalise their manufacturing processes through adoption of Industry 4.0.
“Local companies play a major role in building the nation’s industry ecosystem–geared to support large companies and MNCs. The initiation of the MIDA-PERODUA collaboration in 2020 was crucial to ensure a steady development of our local player’s capabilities in the automotive industry. Under MIDA’s initiative to facilitate these companies to adopt digitalisation and Industry 4.0, we have been successful to contributing immense growth in PERODUA’s manufacturing volume, through the empowerment of its industry partners and service providers.” said Datuk Arham Abdul Rahman, Chief Executive Officer of MIDA.
“The Government has undertaken concerted efforts to review existing policies and recalibrate investment strategies to ensure that Malaysian business environment remains conducive to global investors. The Government has also been persistently undertaking efforts to promote and facilitate local companies to scale up and accelerate their adoption of smart manufacturing and Industry 4.0 technology through various incentives and facilities.” added Datuk Arham.
For 2022, MIDA continued its initiatives through domestic investment seminars, engagement with national associations and chambers of commerce, industry linkage/supply chain programmes and domestic investment coordination platform commitments. MIDA will endure to coordinate business-matching sessions between anchor companies and potential local suppliers/providers within specific industries, from networking arrangements for companies and potential funders and technology providers. As of 30 June 2022, 238 Malaysian-owned companies were approved with business grants valued at RM138.5 million. The recipients were SMEs from labour-intensive industries such as plastics, wood, furniture and textiles, while the rest were from services-related industries.
Meanwhile Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, PERODUA President and Chief Executive Officer said “The MIDA-PERODUA Digital Transformation Ecosystem Programme is aligned with the Government's efforts to enhance local technology ecosystem development activities in terms of supply and value chains, research and development activities, and innovation and commercialisation.
The programme has shown a promising sign as the first group of participants had implemented their proposed projects. This event is to showcase the first group’s progress as well as to welcome the second group into the project as they too have presented feasible Industry 4.0 ideas to be implemented within their operations.”
He added “the implementation of Industry 4.0 is not only for the automotive supplier’s benefit, but the impact of this programme will contribute greatly to the national’s digital transformation agenda. The programme also can fast track Malaysia’s industries, from small to large, as it provides both funds and guidance. PERODUA’s role has always been to develop the automotive ecosystem and this programme is another example of our commitment towards this objective.”
The first phase of MIDA-PERODUA strategic partnership has brought forth three (3) potential PERODUA friendly partners, including LSF Technology Sdn.Bhd., J.K. Wire Harness Sdn. Bhd. and Autoliv Hirotako Safety Sdn. Bhd. These companies have also been granted Domestic Investment Strategic Fund (DISF) as part of the Government’s initiative to assist the local companies to embark into the global supply chain.
Under this similar programme, MIDA and PERODUA have identified five (5) new vendors that has shown much potential and growth opportunities. These includes Armstrong Auto Parts Sdn. Bhd., Ingress Aoi Technologies Sdn. Bhd., Namicoh Suria Sdn. Bhd., P.D. Kawamura Kako Manufacturing Sdn. Bhd. and Kumpulan Jebco (M) Sdn. Bhd.
MIDA, being the pivotal principal promotional agency of Malaysia, will be extending their support services to help more companies obtain growth in terms of productivity, talent and bridging financial and technology gaps. The agency is confident that through such facilities and empowerment measures, these automotive players will be able to increase their business offerings and expertise to innovate its products and services and climb the supply chain ecosystems.
KOLABORASI STRATEGIK MIDA DAN PERODUA DALAM MEMPERKASAKAN PEMBEKAL AUTO TEMPATAN KE ARAH DIGITALISASI
KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2022 : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan PERODUA memperkenalkan Program Ekosistem Transformasi Digital MIDA-PERODUA melalui perkongsian strategik yang telah diadakan pada hari ini di Ibu Pejabat MIDA. Program ini bertujuan untuk menaiktaraf pembekal automotif tempatan ke peringkat seterusnya dengan menggunakan teknologi dan jentera termaju serta mendigitalisasikan proses pengilangan mereka dengan mengadaptasi Industri 4.0.
“Syarikat tempatan memainkan peranan utama dalam pembentukan ekosistem industri negara untuk menyokong syarikat-syarikat besar dan multinasional. Kerjasama di antara MIDA-PERODUA yang bermula sejak tahun 2020 adalah amat penting untuk memastikan keupayaan pemain tempatan dalam industri automotif terus kukuh. Penyediaan kemudahan menggunapakai pendigitalan dan Industri 4.0 di bawah inisiatif MIDA telah berjaya memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan jumlah pengeluaran hasil pengilangan PERODUA melalui pemerkasaan rakan kongsi seindustri dan penyelia-penyelia perkhidmatan.” kata Datuk Arham Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA.
“Kerajaan telah melaksanakan usaha bersepadu untuk mengkaji semula dasar sedia ada dan mengkalibrasikan semula strategi pelaburan untuk memastikan iklim perniagaan Malaysia kekal kondusif untuk para pelabur global. Kerajaan juga sentiasa berusaha untuk mempromosikan dan mempercepatkan adaptasi syarikat-syarikat tempatan terhadap pengunaan teknologi pembuatan pintar dan Industri 4.0 melalui pelbagai insentif dan kemudahan.” tambah beliau.
Bagi tahun 2022, MIDA meneruskan inisiatif penggalakan pelaburan tempatan dengan mengadakan seminar pelaburan domestik, penglibatan dengan persatuan-persatuan dan dewan perdagangan, program rantaian industri/rantaian bekalan bersama syarikat multinasional serta platform penyelarasan pelaburan domestik. MIDA turut menyelaraskan sesi pemadanan perniagaan antara syarikat utama dan pembekal/penyedia perkhidmatan tempatan berpotensi dalam industri tertentu, termasuk mengatur sesi libat urus antara syarikat multinasional, bakal pembiaya dan penyedia teknologi. Setakat 30 Jun 2022, 238 syarikat tempatan telah diluluskan dengan geran perniagaan bernilai RM138.5 juta. Penerima geran tersebut adalah di kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) daripada industri berintensifkan buruh seperti industri plastik, kayu, perabot dan tekstil, manakala selebihnya daripada industri berkaitan perkhidmatan.
Sementara itu, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA berkata “Program Ekosistem Transformasi Digital MIDA-PERODUA adalah sejajar dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan aktiviti pembangunan ekosistem teknologi tempatan dari segi rangkaian bekalan dan rangkaian nilai, aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta inovasi dan komersil. Program ini telah membuahkan hasil dengan pelaksanaan projek cadangan oleh para perserta dari kumpulan pertama. Program ini mempamerkan kemajuan projek kumpulan pertama serta mengalu-alukan kumpulan kedua ke dalam projek tersebut dengan membentangkan idea Industri 4.0 yang boleh diguna pakai di dalam operasi mereka juga."
Beliau turut menambah “pelaksanaan Industri 4.0 bukan sahaja bermanfaat kepada pembekal automotif, malah impak program ini akan memberi sumbangan besar kepada agenda transformasi digital negara. Program ini juga boleh mempercepatkan industri Malaysia, dari industri kecil sehingga yang besar, dengan penyediaan dana dan bimbingan. Dari dulu lagi, peranan PERODUA adalah untuk membangunkan ekosistem automotif. Program ini merupakan satu lagicontoh komitmen kami ke arah objektif ini.”
Fasa pertama perkongsian strategik MIDA-PERODUA telah melahirkan tiga (3) rakan kongsi niaga PERODUA yang berpotensi, mereka termasuk LSF Technology Sdn.Bhd., J.K. Wire Harness Sdn. Bhd. dan Autoliv Hirotako Safety Sdn. Bhd. Syarikat-syarikat ini juga telah diberikan Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) sebagai sebahagian inisiatif Kerajaan untuk membantu syarikat tempatan menembusirantaian bekalan global.
Di bawah program seumpama ini, MIDA dan PERODUA telah mengenal pasti lima (5) pembekal baru yang menunjukkan potensi dan peluang untuk berkembang. Ini termasuk Armstrong Auto Parts Sdn. Bhd., Ingress Aoi Technologies Sdn. Bhd., Namicoh Suria Sdn. Bhd., P.D. Kawamura Kako Manufacturing Sdn. Bhd. dan Kumpulan Jebco (M) Sdn. Bhd.
MIDA, sebagai agensi promosi utama Kerajaan Malaysia, akan memperluaskan perkhidmatan sokongan mereka untuk membantu lebih banyak syarikat mencapai pertumbuhan dari segi produktiviti, bakat serta merapatkan jurang kewangan dan teknologi. Seumpama itu, agensi ini yakin melalui kemudahan dan langkah pemerkasaan sedia ada, pemain automotif akan dapat meningkatkan kapasiti perniagaan dan kepakaran mereka untuk menginovasi produk dan perkhidmatan serta meningkatkan penglibatan dalam ekosistem rantaian bekalan.