Rawang, 2 Dec: Perodua production, monthly and year-to-date sales performances reached new highs in November as the national compact car company shifts into higher gear to meet demand.
In terms of sales, Perodua sold 250,795 units between January and November this year, which has surpassed its full year target of 247,800 units announced earlier in the year and the highest sales achievement for the company.
“This sales achievement is on the back of our production achievement so far this year, which numbered 258,960 units. We also achieved our highest monthly production ever since inception at 29,149 units.
“This achievement is meaningful on many levels; the first shows our ability to further maximise current resources, both within Perodua and its supplier ecosystem.
“The second is that through this achievement, we now realise that we can further increase output –both in sales and production without investing in a new plant or acquiring more land for our manufacturing operations,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said.
“That being said, we will continue to invest in upgrading our operations as a group with emphasis in knowledge and skill development of our people. We are also working closely with our suppliers and dealers to ensure that their operations are capable to meet future demand and challenges.” he added.
On a year-on-year comparison, Perodua sales rose by 50.0% to 250,795 from 167,250 units sold in the same period last year. The jump in sales comparatively to the same period last year was due to the Covid-19 lock down initiated by the government between June and mid-August in 2021.
Monthly sales also recorded a new record of 28,592 units in November 2022, which is an increase of 40.9% when compared with 20,299 units sold in November 2021, and a 10.6% increase when compared with 25,849 units sold in October this year.
The top 3 Perodua models sold in November are Bezza with 8,089 units, followed by the Myvi with 6,624 units and the Axia with 5,812 units.
“We are looking to continue the sales and manufacturing momentum to ensure that all our valued customers will receive their Perodua vehicles quicker as well as to ensure all those booked their vehicle within the sales tax exempted timeframe, will get their cars before 31 March 2023,” Dato’ Sri Zainal said.
On setting a new target for the year, Dato’ Sri Zainal said that the national compact car company will instead announce the full-year actual numbers in January.
Prestasi pengeluaran dan jualan tahunan Perodua setakat ini melepasi paras 250,000 unit
Rawang, 2 Dis: Prestasi pengeluaran, jualan bulanan dan tahunan Perodua setakat ini mencapai paras tertinggi pada November apabila syarikat kereta kompak nasional itu bergerak pantas dalam memenuhi setiap permintaan.
Dari segi jualan, Perodua menjual 250,795 unit antara Januari dan November tahun ini, melepasi sasaran tahunan keseluruhannya sebanyak 247,800 unit yang diumumkan pada awal tahun dan mencapai jualan tertinggi bagi syarikat tersebut.
“Pencapaian jualan ini adalah seiring dengan pencapaian pengeluaran kami setakat tahun ini, yang berjumlah 258,960 unit. Kami juga berjaya mencapai pengeluaran bulanan tertinggi sejak penubuhan kami iaitu sebanyak 29,149 unit.
“Pencapaian ini memberi makna pada semua peringkat; yang pertama ia menunjukkan keupayaan kami dalam memaksimumkan sumber semasa, baik di Perodua mahupun para pembekal di dalam ekosistem kami.
“Yang kedua ialah melalui pencapaian ini, kami kini menyedari bahawa kami boleh meningkatkan lagi operasi – dalam jualan dan pengeluaran kami tanpa perlu melabur untuk kilang baharu atau mendapatkan kawasan tanah yang luas bagi operasi pembuatan kami,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata.
“Oleh itu, kami akan terus melabur dalam menaik taraf operasi kami sebagai satu kumpulan dengan memberi penekanan kepada pembangunan ilmu pengetahuan dan kemahiran warga kami. Kami juga akan bekerjasama secara rapat dengan para pembekal dan pengedar kami untuk memastikan operasi mereka mampu memenuhi permintaan dan cabaran-cabaran yang mendatang,” tambah beliau.
Bagi perbandingan tahun ke tahun, jualan Perodua meningkat sebanyak 50.0% kepada 250,795 daripada 167,250 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lepas. Peningkatan jualan berbanding tempoh yang sama tahun lepas adalah disebabkan oleh penutupan Covid-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan antara Jun dan pertengahan Ogos tahun 2021.
Jualan bulanan juga mencatatkan rekod baharu dengan 28,592 unit pada November 2022, iaitu peningkatan 40.9% jika dibandingkan dengan 20,299 unit yang dijual pada November 2021, dan peningkatan 10.6% jika dibandingkan dengan 25,849 unit yang dijual pada Oktober tahun ini.
Tiga model teratas Perodua yang dijual pada November ialah Bezza dengan 8,089 unit, diikuti Myvi dengan 6,624 unit dan Axia dengan 5,812 unit.
“Kami akan meneruskan momentum jualan dan pembuatan kami untuk memastikan semua pelanggan kami yang dihargai menerima kenderaan Perodua mereka dengan lebih cepat serta memastikan mereka yang menempah kenderaan Perodua dalam tempoh masa pengecualian cukai jualan akan mendapatkan kereta mereka sebelum 31 Mac 2023, ” Dato' Sri Zainal berkata.
Mengenai penetapan semula sasaran baharu tahun ini, Dato’ Sri Zainal sebaliknya berkata syarikat kereta kompak nasional itu akan mengumumkan jumlah sebenar tahunan keseluruhan pada Januari nanti.