Kuala Lumpur, 31 Jan: Perodua is looking to maximise its production to 330,000 units and sales to 314,000 units this year underpinned by outstanding orders carried forward from last year as well as continued demand for its vehicles so far this year.
“This year (2023) provides a golden opportunity for us as consumers still have confidence in the automotive market. In fact, more than half of our targeted volume is from bookings we collected last year but have yet to deliver,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said.
“As our normal installed annual production capacity for our Perodua Manufacturing and Perodua Global Manufacturing plants are at 320,000 units on a two-shift cycle, we can still increase our volume by improving productivity and by instituting overtime.”
He said that the impact of such production growth to the Malaysian automotive industry would be significant as the Perodua has earmarked RM10.0 billion to purchase parts from local suppliers to meet its 2023 targets.
“This purchase commitment is expected to further encourage the Malaysian automotive ecosystem to further improve its production capabilities and quality standards.”
“In short, the increase in production will give much needed boost for our local industries to improve their economies of scale and to better compete with their counterparts abroad,” Dato’ Sri Zainal said.
The 330,000 production and 314,000 sales targets are 14.2% and 11.3% higher than Perodua 2022’s 289,054 production and 282,019 sales performances respectively.
Overall, Perodua has produced a total of 4.68 million vehicles since it began production in 1994.
“In terms of the overall market, we believe that there is still a bright silver lining for the industry despite the many cost pressures. We believe that the total industry volume can go beyond 650,000 units announced by the Malaysia Automotive Association,” Dato’ Sri Zainal said.
He said based on the waiting period for most brands, as well as the still strong demand for Perodua’s vehicles the TIV has the potential to reach 700,000 units this year.
CAPEX and network improvement
Dato’ Sri Zainal said that in terms of expansion, Perodua has allocated RM1.15 billion capital expenditure this year to improve its group operations.
Among the key areas of improvements include its new business division where Perodua is expanding its Pre-Owned Vehicle (POV) and Subscription business, especially after the positive response from the public post Ativa Hybrid launch in September 2022.
“We have also allocated RM537.1 million on the development of a new model, as well as RM247.1 million to further modernise our operations, which also include upgrading existing 1S and 2S centres into 3S centres,” Dato’ Sri Zainal said.
In the automotive industry, the term 1S refers to a standalone sales showroom, 2S refers to a service and spare parts centre while a 3S is the combination of the two.
“It is Perodua’s intention to grow with our partners and we want to do this (expansion) in a way that would be mutually beneficial and sustainable,” Dato’ Sri Zainal said.
He said that with the improvements planned for its network, Perodua is targeting an increase in its vehicle intake at its service centres.
“For 2023, we target to see an increase in vehicle intakes to 2.8 million units from 2.6 million recorded in 2022. This growth would be a combination of improved service time as well as increasing our service bays throughout the country,” Dato’ Sri Zainal said.
Potential risks
Dato’ Sri Zainal said that for 2023 risk factors include higher inflation, further increase in interest rates and higher external cost factors such as fuel, power as well as higher commodity and raw material costs.
“These cost factors, if rise too steeply will have a negative impact to the momentum that we are currently on. The increase may not only have the potential to depress the market but also erase gains made by the industry as it was just getting its second wind,” Dato’ Sri Zainal said.
He added that the semiconductor chip supply was still a factor for manufacturers, not just for automotive players but industries such as electric and electronics and other heavy industries that rely on the technology.
“We are monitoring this factor closely but as of now, we are positive that we have the chips needed to meet our targets,” Dato Sri Zainal said.
Perodua maksimumkan pengeluaran dan pendaftaran pada 2023
Kuala Lumpur, 31 Jan: Perodua cuba untuk memaksimumkan jumlah pengeluarannya kepada 330,000 unit dan jualan kepada 314,000 unit tahun ini, disokong oleh tempahan tertunggak yang dibawa daripada tahun lepas serta permintaan berterusan untuk kenderaannya setakat tahun ini.
“Tahun ini (2023) memberi peluang keemasan kepada kami kerana para pengguna masih mempunyai keyakinan terhadap pasaran automotif. Malah, lebih separuh daripada jumlah sasaran kami adalah daripada tempahan yang kami kumpul tahun lepas tetapi masih belum dihantar,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad.
“Memandangkan kapasiti normal bagi pengeluaran terpasang tahunan kami untuk kilang Perodua Manufacturing dan Perodua Global Manufacturing berada pada 320,000 unit dalam dua kitaran syif, kami masih boleh meningkatkan volume kami dengan menambahbaik produktiviti dan memulakan kerja lebih masa.”
Beliau berkata kesan pertumbuhan pengeluaran sedemikian kepada industri automotif Malaysia akan menjadi lebih ketara kerana Perodua telah memperuntukkan RM10.0 bilion untuk membeli alat ganti daripada para pembekal tempatan bagi memenuhi sasarannya bagi tahun ini.
“Komitmen pembelian ini dijangka akan menggalakkan lagi ekosistem automotif Malaysia untuk menambahbaik keupayaan pengeluaran dan standard kualitinya.”
“Secara ringkas, peningkatan dalam pengeluaran akan memberi rangsangan yang amat diperlukan buat industri tempatan kita untuk meningkatkan skala ekonomi mereka serta bersaing dengan lebih baik dengan rakan mereka yang lain di luar negara,” kata Dato' Sri Zainal.
Sasaran 330,000 pengeluaran dan 314,000 jualan masing-masing adalah lebih tinggi iaitu 14.2% dan 11.3% berbanding prestasi pengeluaran dan jualan Perodua pada 2022 yang masing-masing mencatatkan sebanyak 289,054 dan 282,019.
Secara keseluruhannya, Perodua telah menghasilkan sejumlah 4.68 juta kenderaan sejak ia mula dikeluarkan pada 1994.
“Dari segi pasaran keseluruhan, kami percaya bahawa masih ada peluang yang cerah buat industri walaupun menghadapi banyak tekanan kos. Kami percaya jumlah volume industri boleh melebihi 650,000 unit seperti yang diumumkan oleh Persatuan Automotif Malaysia,” kata Dato' Sri Zainal.
Beliau berkata berdasarkan tempoh menunggu bagi kebanyakan jenama, serta permintaan yang masih kukuh untuk kenderaan Perodua, TIV berpotensi mencecah 700,000 tahun ini.
CAPEX dan penambahbaikan rangkaian
Dato' Sri Zainal berkata dari sudut perluasan, Perodua telah memperuntukkan sebanyak
RM 1.15 bilion perbelanjaan modal tahun ini untuk menambahbaik operasi bagi kumpulannya.
Antara bidang utama penambahbaikan termasuk bahagian perniagaan baharunya di mana Perodua sedang meluaskan perniagaan Kenderaan Terpakai (POV), terutamanya selepas mendapat respon positif daripada orang awam selepas pelancaran Ativa Hybrid pada September 2022.
“Kami juga memperuntukkan RM 537.1 juta untuk pembangunan model baharu, serta
RM 247.1 juta untuk memodenkan lagi operasi kami termasuk menaiktaraf pusat 1S dan 2S sedia ada kepada pusat 3S,” kata Dato' Sri Zainal.
Dalam industri automotif, istilah 1S merujuk kepada bilik pameran jualan kendiri, 2S merujuk kepada pusat servis dan alat ganti manakala 3S adalah gabungan kedua-duanya.
“Adalah menjadi hasrat Perodua untuk berkembang bersama rakan-rakan niaga kami dan kami mahu melakukan ini dengan cara yang akan memberi manfaat bersama dan kekal mampan,” kata Dato' Sri Zainal.
Beliau berkata dengan penambahbaikan yang dirancang untuk rangkaiannya, Perodua mensasarkan peningkatan dalam jumlah pengambilan kenderaan di pusat servisnya.
“Untuk 2023, kami mensasarkan untuk melihat peningkatan dalam pengambilan kenderaan kepada 2.8 juta unit daripada 2.6 juta yang dicatatkan pada 2022. Pertumbuhan ini akan menjadi gabungan penambahbaikan dari segi tempoh masa dan ruang servis kami di seluruh negara,” Dato' Sri Zainal berkata.
Potensi risiko
Dato' Sri Zainal berkata bagi tahun 2023 faktor risiko termasuklah inflasi yang lebih tinggi, peningkatan berterusan pada kadar faedah dan faktor kos luaran yang lebih tinggi seperti kos bahan api, janakuasa termasuklah kos komoditi dan bahan mentah.
“Faktor-faktor kos ini, jika naik terlalu mendadak akan memberi kesan negatif kepada momentum semasa kami. Peningkatan tersebut bukan sahaja berpotensi menekan pasaran malah memadam keuntungan yang diperoleh industri kerana ia baru sahaja dalam proses pemulihan,” katanya.
Beliau menambah, bekalan cip semikonduktor masih menjadi faktor utama pengeluar, bukan sahaja untuk pemain automotif tetapi juga industri seperti elektrik dan elektronik serta industri berat lain yang bergantung kepada teknologi tersebut.
"Kami sedang memantau faktor ini dengan teliti tetapi untuk setakat ini, kami telah memperoleh cip yang diperlukan untuk memenuhi sasaran kami," kata Dato Sri Zainal.