Perodua unveils first working EV prototype - the Myvi Conversion
Serdang, 21 May: Perodua unveiled its first working electric vehicle (EV) prototype – the Myvi Conversion – and would be the foundation on which the compact car maker builds its electrification technology on.
The EV prototype, which consists of three main parts, the power bench, the power converter and overall styling and design are made in Malaysia, with only the power conversion technology development done with an Australian company.
“The power bench development is done by us (Perodua) partnering up with three local universities – Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur, and Universiti Putra Malaysia to fully understand this technology and making it our own,” Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said.
The collaboration, which began in September 2022, saw Perodua and the three universities working together to develop an EV powertrain from the ground up, and by doing so, enhance each entity’s expertise and capabilities in the EV field.
“This is a beginning for us, and we want to make this beginning as Malaysian as possible,” Dato’ Sri Zainal said.
He said: “We choose the Perodua Myvi as the model of choice for this project as it is a model that has captured the imagination and attention of most Malaysians,” Dato’ Sri Zainal said.
“The actual first Perodua EV will look different from what is on display here, but be assured that the day is coming.
“In the meantime, we encourage Malaysians to come to our booth at the Malaysia Auto Show 2024 to view the Perodua Myvi Conversion for yourself as well as to take part in our many campaigns.
“We will also welcome everyone to interact with our people here to find out our latest developments, such as the Perodua New Outlet Standards, an ongoing transformation effort to give you our valued customers a seamless experience at our 3S centres,” Dato’ Sri Zainal said
Perodua pamer prototaip EV pertama dikenali sebagai Myvi Conversion
Serdang, 21 Mei: Perodua mempamerkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya - dikenali sebagai Myvi Conversion – yang akan menjadi asas kepada pembuat kereta kompak itu dalam membangunkan teknologi elektriknya.
Prototaip EV berkenaan terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bangku pengujian kuasa (power bench), rangkaian penggerak kuasa (power converter) dan rekaan keseluruhan rangkanya yang dibuat di Malaysia manakala pembangunan teknologi penukaran kuasa dilakukan dengan syarikat yang berpangkalan di Australia.
“Proses pembangunan bangku pengujian kuasa ini dibuat oleh Perodua dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia. Kerjasama ini bertujuan untuk memahami sepenuhnya teknologi yang digunakan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.
Kerjasama berkenaan, yang bermula sejak September 2022, menyaksikan Perodua dan ketiga-tiga universiti terbabit bekerjasama untuk membangunkan rangkaian penggerak kuasa EV dari peringkat asas. Kerjasama berkenaan membuka peluang kepada semua pihak untuk meningkatkan kepakaran dan kemampuan masing-masing dalam bidang EV.
“Ini adalah permulaan bagi kami dan kami mahu menjadikan permulaan ini dekat dengan hati rakyat Malaysia,” kata Dato’ Sri Zainal.
Katanya: “Kami memilih Perodua Myvi sebagai model pilihan bagi projek ini kerana ia adalah model kereta kami yang telah memenangi hati kebanyakan rakyat Malaysia.
“Walaupun rupa sebenar EV kami berbeza daripada apa yang dipamerkan di sini, tetapi yakinlah bahawa kereta elektrik Perodua bakal membuat kemunculan dalam pasaran.
“Sementara itu, kami mengajak orang ramai untuk singgah ke ruang pameran Perodua di Malaysia Auto Show 2024 untuk melihat sendiri Perodua Myvi Conversion di samping menyertai pelbagai kempen menarik yang kami sediakan.
“Kami juga mengalu-alukan kedatangan pelanggan untuk berinteraksi dengan kakitangan kami di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Perodua seperti Standard Outlet Baharu kami yang dilaksanakan bertujuan memberikan pengalaman yang lancar kepada pelanggan di pusat 3S kami,” kata Dato’ Sri Zainal.